Bentuk Dan Proses Pendidikan Bagi Merealisasikan Hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

 Oleh: Wan Aidid Haziq bin Wan Maliki

BENTUK DAN PROSES PENDIDIKAN BAGI MEREALISASIKAN HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

            Falsafah Pendidikan kebangsaan ialah suatu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani , emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan ,berketerampilan ,berakhlak mulia , bertanggungjawab dan berkeupayaam mencapai kesejahteraan diri , serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga , masyarakat dan negara . Pendidikan juga didefinisikan sebagai suatu proses yang berlaku dalam diri seseorang bermula sejak dalam kandungan lagi sehingga ke akhir hayat.Pendidikan  juga ditafsirkan sebagai proses mendidik individu atau mempelajari sesuatu secara formal , non -formal dan informal.Pembelajaran pula secara amnya ialah proses seseorang dalam membina pengetahuan , kemahiran , sikap , dan nilai tertentu  yang diperolehi dari interaksi antaranya dengan persekitarannya iaitu guru , ibu bapa , rakan dan persekitaran fisikan , sosial dan budaya.

 

BENTUK PENDIDIKAN



            Bentuk Pendidikan yang wujud bagi merealisasikan Hasrat falsafah Pendidikan kebangsaan mempunyai 3 bentuk iaitu yang pertama pendidikan informal , yang kedua Pendidikan formal dan yang ketiga adalah nonformal .Bentuk pendidikan secara formal ialah Pendidikan  yang diberikan kepada semua pelajar dalam bentuk kurikulum yang terancang atau program pengajian yang disusun dan diajar di institusi pendidikan seperti sekolah , kolej ,politeknik dan universiti .Reka bentuk bagi pendidikan formal adalah bertujuan untuk memperkembangan ilmu & kemahiran untuk jangka masa yang lama.Pada kebiasaannya , pendidikan formal mempunyai peperiksaan  atau penilaian yang diiktiraf dan akan dihargai dengan diberi anugerah seperti sijil , diploma,ijazah dan lain – lain.Organisasi di dalam Pendidikan formal adalah pra sekolah , sekolah rendah , sekolah menengah dan Pendidikan tinggi .Pihak  yang terlibat untuk mengajar  dalam pendidikan formal adalah guru yang terlatih kerana untuk memastikan sesuatu pembelajaran itu menjadi kualiti.Silibus yang digunapakai oleh Pendidikan formal adalah seragam , berjadual dan teks.Hal ini untuk memastikan semua pelajar mendapat Pendidikan yang sama rata.Pada kebiasaannya , insitusi yang digunakankan oleh pelajar untuk Pendidikan formal adalah di sekolah dan bangunan yang disediakan.

            Seterusnya , antara bentuk Pendidikan yang wujud adalah pendidikan non formal. Pendidikan non – formal ialah pendidikan tambahan yang diajar di luar  pendidikan formal seperti kegiatan aktivi kokurikulum di sekolah (aktiviti sukan, persatuan dan kegiatan beruniform) . Pendidikan ini juga boleh didapati melalui pelbagai program di negara ini seperti latihan , kursus dalam perkhidmatan , seminar , bengkel , forum dan persidangan . Reka bentuk bagi Pendidikan non formal adalah bertujuan memperkembangkan kemahiran dalam jangka masa yang pendek.Program ini adalah bercorakkan vokasional, teknikal dan kecekapan. Pihak yang terlibat dalam mengajar Pendidikan non formal pada kebiasaannya adalah ahli masyarakat yang pakar dalam bidang tersebut.Sistem pembelajaran yang digunakan adalah berjadual. Sesiapa yang mengambil Pendidikan non formal ini akan diberi sijil penyertaan sebagai pengikhtirafan.Antara organisasi yang terlibat dalam Pendidikan nonformal ini adalah kerajaan , swasta dan ngo.

            Selain itu , antara bentuk Pendidikan yang wujud adalah pendidikan informal.Pendidikan informal adalah pendidikan dan pengalaman yang kita perolehi melalui berbagai aktiviti kehidupan seharian melalui interaksi dengan orang sekeliling seperti ahli keluarga, kawan, ahli masyarakat. Bentuk Pendidikan informal ini juga boleh berlaku semasa pemerhatian kita selama kita hidup seperti melihat perilaku orang disekeliling, mononton televisyen atau filem dan mendengar radio.Pendidikan informal ini juga berlaku secara spontan dan tanpa struktur.Antara individu yang paling terpenting dalam  Pendidikan informal ini adalah ahli keluarga kita sendiri kerana mereka telah memberi pendidikan awal dan pendidikan sokongan  kepada kita.Pendidikan informal ini adalah antara Pendidikan yang paling banyak digunakan dalam kehidupan untuk membentuk kita semua .Reka bentuk Pendidikan informal ini adalah untuk membina kemahiran untuk hidup dalam jangka masa berterusan. 

PROSES PENDIDIKAN



            Selepas kita membincangkan tentang bentuk Pendidikan , kita akan meneruskan perbincangan dengan tajuk proses- proses pendidikan.Proses yang digunakan untuk merealisasikan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan adalah berusaha secara berterusan dalam suatu pendidikan .Hal ini kerana pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu , kemahiran dan nilai – nilai murni dari seseorang ke seseorang.Proses pemerolehan dan pemindahan dilakukan secara berterusan bermula dari lahir sehinggalah akhir hayat. Di dalam proses pemindahan dan pemerolehan , antara Pendidikan yang paling penting adalah pendidikan awal kanak – kanak bagi membentuk asas sahsiah kanak – kanak yang berada dalam lingkungan umur antara satu sehingga enam tahun kerana apabila seseorang itu tidak mendapat  Pendidikan tersebut , ia akan membantutkan proses.Sahsiah yang dibentuk akan terus berkembang sepanjang tempoh persekolah dari masa ke semasa.Setelah menamatkan sekolah, setiap individu akan terus mengembangkan ilmu , kemahiran dan akhlak mereka . Proses ini bertujuan untuk membantu individu bagi menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan.

            Proses yang seterusnya adalah proses perkembangan potensi individu. Setiap individu telah di anugerahkan oleh tuhan dengan bakat , potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam.Seeloknya , bakat , potensi , dan kebolehan yang mungkin terpendam dalam diri seseorang itu mestilah dicungkil, dipupuk ,dikembangkan dan dipertingkat untuk mendapatkan manfaat.Antara salah satu cara untuk mengetahui bakat , potensi , dan kebolehan seseorang adalah dengan memperbanyakkan interaksi sosial dengan orang lain dan alam sekeliling.Pendidikan juga memberi peluang kepada seseorang itu untuk mengembangkan bakat , potensi dan kebolehan mereka.

            Proses disambung Kembali dengan proses perkembangan individu secara menyeluruh,  bersepadu, seimbang dan harmonis.Bakat , potensi , dan kebolehan seseorang iti mestilah dikembangkan dengan secara bersepadu .Perkembangan dan peningkatan sewajarnya merangkumi empat aspek ini iaitu intelek , rohani , emosi dan jasmani.Di dalam diri seseorang individu itu perlulah mempunyai ilmu (intelek), sahsiah yang baik (emosi) ,percaya kepada tuhan serta mempunyai akhlak yang baik (rohani) dan kesihatan diri yang baik (jasmani).Kempat – empat komponen tersebut mestilah seimbang bagi menghasilkan individu yang hidup secara harmonis .Manusia yang jujur , benar , baik tutur dan mempunyai amalan adalah antara syarat bagi mendapat bimbingan dan hidayah dari Allah untuk setiap manusia .Individu tersebut perlulah mempunyai ketahanan untuk menghadapi segala cabaran hidup serta sanggup berhadapan denga apa jua masalah yang timbul.

         

     Proses Pendidikan perlulah melibatkan empat komponen ini iaitu intelek , rohani, emosi dan jasmani.Apakah yang dimaksudkan dengan empat komponen ini ? Unsur intelek ini perlulah mempunyai kemahiran asas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira. Individu ini perlulah seorang yang berusaha untuk mendapat dan mengembangkan ilmu yang benar dan berkemahiran untuk berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif.Individu itu juga mestilah sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan sekeliling iaitu menyebarluaskan ilmu dan individu tersebut mestilah cinta akan ilmu pengetahuan.Berusaha untuk memupuk budaya ilmu dan budaya membaca dan yang terakhir mempunyai fikiran yang luas dan terbuka.Unsur rohani (kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan) pula ialah unsur yang mempunyai ciri seperti berikut, iaitu menyedari dan percaya kepada tuhan dan bersyukur dengan pemberian tuhan.Individu ini perlulah berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai – nilai murni.Individu ini juga perlu mengakui akan kuwujudan Allah dan mengakui bahawa Allah yang mencipta sekalian alam ini.Akhir sekali , mengamalkan segala ajaran yang telah ditetapkan oleh agama tersebut.Unsur yang seterusnya adalah unsur emosi, unsur emosi unsur yang diambil kira berdasarkan kematangan dan kestabilan .Unsur emosi ini juga  menyarankan memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang diantara manusia.Unsur ini juga mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan yang kuat dan juga mampu mengawal emosi dan nafsu serta tidak sombong ataupun hipokrit.Unsur yang terakhir adalah unsur jasmani. Unsur ini adalah bertujuan untuk membuka mata manusia untuk menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal.Unsur ini juga untung mengembangkan lagi bakat dan kemahiran teknikal , manipulatif dan sosial.Yang terakhir unsur ini menggunakan kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat.

              Kesimpulannya  ,Falsafah Pendidikan negara adalah tulang belakang kepada sistem pendidikan di negara kita.Falsafah Pendidikan negara ini digubal atas dasar kesedaran bahawa sistem Pendidikan di negara dan bertujuan untuk memajukan pendidikan negara ke seluruh  dunia.Falsafah pendidikan kebangsaan juga boleh dijadikan rujukan kepada pendidik memahami sistem pendidikan kebangsaan, penyuluh kepada murid , menyumbang bimbingan dan halatuju kepada semua usaha pendidikan sama ada luar atau dalam institusi pembelajaran.  

 

No comments:

Post a Comment