d) Impak peranan guru kearah mencapai matlamat Pendidikan Malaysia



 

Setiap sistem pendidikan di setiap negara mempunyai falsafah pendidikan yang tersendiri. Falsafah pendidikan di Malaysia dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Falsafah pendidikan ini menjadi tunjang ataupun tulang belakang kepada sistem pendidikan di Malaysia yang mampu memperkembangkan potensi individu dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

 

Dalam realisaskan falsafah pendidikan ini, guru berperanan besar dalam melaksanakan hasrat FPK. Guru melupakan role model kepada murid-murid untuk menimba ilmu. Guru merupakan golongan yang bakal memberi impak yang  besar terhadap perkembangan personaliti, mental dan fizikal setiap manusia. Dalam memperkembang potensi-potensi tersebut kepada murid untuk diaplikasikan dalam bilik darjah atau luar berhadapan dengan masyarakat, guru dapat mencapai hasrat tersebut dengan melaksanakan inisiatif berdasarkan aspek-aspek seperti kepimpinan, pengurusan, budaya sekolah, kurikulum, ko-kurikulum, disiplin dan peningkat profesionalisme.



Guru perlu komited dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Guru mempunyai komitmen sedar bahawa pentingnya peranan yang dimainkan olehnya bagi menghasilkan prestasi yang tinggi dalam kalangan pelajar-pelajamya. Dalam aspek kepimpinan, peranan guru dalam merealisasikan FPK adalah meliputi tugas seperti menjadi guru kelas. Dalam menjadi guru kelas, guru perlulah menjalankan pengurusan bilik darjah seperti memilih ketua kelas mengikut suara teramai di dalam kelas, menyediakan jadual bertugas, memastikan kedudukan kerusi dan meja di dalam kelas tersusun dengan kemas serta bersikap amanah dalam melaporkan kes-kes seperti ketidakhadiran atau masalah disiplin pelajar kepada penolong kanan hal ehwal murid di dalam sekolah tersebut.impak dari keberhasilan guru dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ketua kelas mampu mendedahkan kepada murid berkenaan demokrasi , hasil daripada contoh yang dilakukan oleh guru di dalam kelas . menerusi contoh itu juga dapat mencungkil bakat pelajar menjadi pemimpin menerusi tugas-tugas dan tanggungjawab yang bakal diberikan oleh guru kelas mereka kepada mereka . Selain itu , guru yang amanah dalam melaporkan salah laku pelajar kepada guru penolong kanan hal ehwal murid akan memudahkan kerja guru penolong kanan tersebut menjalankan tugas mereka dalam mendidik para pelajar mematuhi peraturan yang telah tersedia di sekolah . Bidang tugas seterusnya adalah menjadi ketua panitia mata pelajaran. Ketua panitia mata pelajaran bertanggungjawab untuk memperbaiki murid dalam peperiksaan mata pelajaran berkenaan. Dalam hal ini, guru boleh mengadakan kelas tambahan bagi mencapai objektif murid-murid dalam memahami subjek tersebut. Selain itu, guru juga boleh menjemput penceramah penceramah dari luar untuk memberi ceramah mengenai bidang dan kursus mereka khas untuk murid yang berprestasi lemah dalam subjek tersebut. Kesungguhan guru panitia menjalankan tugas mereka akan memberi impak kepada perkembangan intelek kepada para pelajar . Tidak dinafikan di dalam kelas terdapat katagori murid yang pandai dan murid yang lemah .Oleh yang demikian ,sifat cakna guru dalam mengambil inisiatif membantu pelajar yang lemah akan membuka peluang dan meningkatkan semangat pelajar lemah  untuk terus belajar . Inisiatif seperti ini juga menyebabkan pelajar merasa tidak ditinggalkan dek kerana kekurangan mereka . Ini sudah tentu dapat memberi impak yang besar terhadap murid khususnya dalam memperkembangkan potensi intelek mereka selari dengan apa yang dituntut dalam FPK sekaligus dapat melahirkan bakal pemimpin yang berilmu pengetahuan .

 

KURIKULUM

Guru berperanan sebagai pakar rujuk, pakar bidang khusus dan juga pemudah cara. Dalam merealisasikan FPK, guru bertanggungjawab untuk mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam mengenai mata pelajaran dan kurikulum yang diajar kemudian mengaplikasikan ilmu tersebut kepada murid-muridnya. Sebagai contoh, guru harus menyediakan alat bantu mengajar untuk menjalankan aktiviti pembelajaran . Usaha tersebut akan memberi impak kepada  membantu murid memahami sukatan pelajaran dengan mudah serta membuatkan pelajaran yang dipelajari ketika PDP lebih menarik.S Selain itu, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang sejajar dengan KSSR perlulah diaplikasikan kepada murid sekolah rendah. Dalam merealisasikan hasrat ini, kaedah perbincangan dapat dilakukan di antara guru dan murid secara bersemuka manakala murid bebas untuk mengeluarkan dan mengulas pendapat mengenai sesuatu tajuk . Dengan wujudnya guru sebagai pemudah cara dan pakar rujuk dalam mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ini akan memberi impak kepada suasana pembelajaran di sekolah , murid juga belajar secara aktif tanpa merasa takut untuk berkongsi  pendapat , kemahiran belajar mereka berkembang serta mereka juga dapat mengukuhkan kemahiran berkomunikasi secara berkesan. Seterusnya dapat menaikkan aras Pendidikan di Malaysia bertaraf dalam global . Dengan akal yang sudah di asah untuk berfikir luar kotak , sudah tentu akan menyebabkan para pelajar bersedia dalam perlumbaan menempatkan diri di university terkemuka di dalam negara juga di luar negara.

                                             


Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa guru berperanan sebagai pencungkil bakat dan potensi murid. Setiap murid mempunyai bakat tersendiri. Guru merupakan agen perubahan kerana guru yang mengenalpasti dan memperkembang potensi murid itu. Sesetengah murid yang berbakat berasa rendah diri untuk menonjolkan bakat mereka kerana malu dan tidak mempunyai peluang untuk mengembangkan bakat mereka. Pada masa yang sama, guru dapat melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum serta memberikan khidmat sosial bagi kepentingan muridnya. Sebagai contoh, bagi murid yang mempunyai potensi dalam acara sukan, guru boleh melatih dan terus mengasah bakat murid tersebut sehingga menjadi atlet. Secara tidak langsung, faktor jasmani dapat diperkembangkan dan mencapai salah satu matlamat FPK. Begitu juga bagi murid yang petah dan fasih berkata kerana murid ini berpotensi untuk mengikuti debat ataupun pidato. Guru perlu membimbing dan memberi tunjuk ajar sehingga ia dapat mewakili peringkat sekolah, negeri mahupun antarabangsa.

 

DISIPLIN

Setiap profesion mempunyai kod etika yang tersendiri. Bagi profesion keguruan, semua aspek berkaitan peraturan, perabadan dan tingkah laku ditekankan bagi meningkatkan kualiti seorang guru. Guru yang mempunyai idealisme yang tinggi terhadap pengajaran, profesionalisme dan adab menampilkan ciri-ciri 'role model. Dalam konteks ini, murid menganggap guru sebagai teladan dan mereka cenderung untuk mengikuti perwatakan guru tersebut. Oleh itu, guru seharusnya menunjukkan perwatakan yang positif semasa berada di dalam bilik darjah mahupun di luar kawasan sekolah. Sebagai contoh, guru haruslah mematuhi kod etika pemakaian yang berunsurkan kesopanan dan kesusilaan. Selain itu, guru juga haruslah melaksanakan akauntabiliti di dalam bilik darjah termasuk mematuhi masa dan mencapai objektif pengajaran. Secara tidak langsung, murid dapat menerapkan nilai-nilai kemanusiaan di dalam diri dan dapat membentuk modal insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan FPK dalam membentuk rakyat Malaysia yang berakhlak mulia.

 

Sebagai kesimpulan, guru merupakan insan yang terpenting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Ini kerana guru berperanan agen dominan dari segi kepemimpinan, pengurusan, budaya sekolah, kurikulum, kokurikulum, disiplin dan peningkatan profesionalisme. FPK juga menjadi landasan kepada sistem pendidikan kebangsaan. Hasrat yang terkandung di dalam FPK ini terletak di bahu guru dan harus diterapkan kepada murid-murid. Oleh itu, guru perlulah sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran yang menguji profesion yang mulia ini dan sentiasa mempunyai komitmen yang tinggi dalam memartabatkan pendidikan negara yang berkualiti.

 

Comments