BENTUK DAN PROSES PENDIDIKAN BAGI MEREALISASIKAN HASRAT FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Falsafah
Pendidikan kebangsaan ialah suatu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani , emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan ,berketerampilan ,berakhlak mulia ,
bertanggungjawab dan berkeupayaam mencapai kesejahteraan diri , serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga , masyarakat dan negara
. Pendidikan juga didefinisikan sebagai suatu proses yang berlaku dalam diri
seseorang bermula sejak dalam kandungan lagi sehingga ke akhir hayat.Pendidikan juga ditafsirkan sebagai proses mendidik
individu atau mempelajari sesuatu secara formal , non -formal dan
informal.Pembelajaran pula secara amnya ialah proses seseorang dalam membina
pengetahuan , kemahiran , sikap , dan nilai tertentu yang diperolehi dari interaksi antaranya
dengan persekitarannya iaitu guru , ibu bapa , rakan dan persekitaran fisikan ,
sosial dan budaya.
BENTUK PENDIDIKAN
Bentuk Pendidikan
yang wujud bagi merealisasikan Hasrat falsafah Pendidikan kebangsaan mempunyai
3 bentuk iaitu yang pertama pendidikan informal , yang kedua Pendidikan formal
dan yang ketiga adalah nonformal .Bentuk pendidikan secara formal ialah
Pendidikan yang diberikan kepada semua
pelajar dalam bentuk kurikulum yang terancang atau program pengajian yang
disusun dan diajar di institusi pendidikan seperti sekolah , kolej ,politeknik
dan universiti .Reka bentuk bagi pendidikan formal adalah bertujuan untuk memperkembangan
ilmu & kemahiran untuk jangka masa yang lama.Pada kebiasaannya , pendidikan
formal mempunyai peperiksaan atau
penilaian yang diiktiraf dan akan dihargai dengan diberi anugerah seperti sijil
, diploma,ijazah dan lain – lain.Organisasi di dalam Pendidikan formal adalah
pra sekolah , sekolah rendah , sekolah menengah dan Pendidikan tinggi .Pihak yang terlibat untuk mengajar dalam pendidikan formal adalah guru yang
terlatih kerana untuk memastikan sesuatu pembelajaran itu menjadi
kualiti.Silibus yang digunapakai oleh Pendidikan formal adalah seragam ,
berjadual dan teks.Hal ini untuk memastikan semua pelajar mendapat Pendidikan
yang sama rata.Pada kebiasaannya , insitusi yang digunakankan oleh pelajar
untuk Pendidikan formal adalah di sekolah dan bangunan yang disediakan.
Seterusnya , antara
bentuk Pendidikan yang wujud adalah pendidikan non formal. Pendidikan non –
formal ialah pendidikan tambahan yang diajar di luar pendidikan formal seperti kegiatan aktivi
kokurikulum di sekolah (aktiviti sukan, persatuan dan kegiatan beruniform) . Pendidikan
ini juga boleh didapati melalui pelbagai program di negara ini seperti latihan
, kursus dalam perkhidmatan , seminar , bengkel , forum dan persidangan . Reka
bentuk bagi Pendidikan non formal adalah bertujuan memperkembangkan kemahiran
dalam jangka masa yang pendek.Program ini adalah bercorakkan vokasional,
teknikal dan kecekapan. Pihak yang terlibat dalam mengajar Pendidikan non
formal pada kebiasaannya adalah ahli masyarakat yang pakar dalam bidang
tersebut.Sistem pembelajaran yang digunakan adalah berjadual. Sesiapa yang
mengambil Pendidikan non formal ini akan diberi sijil penyertaan sebagai
pengikhtirafan.Antara organisasi yang terlibat dalam Pendidikan nonformal ini
adalah kerajaan , swasta dan ngo.
Selain itu , antara bentuk Pendidikan yang wujud adalah pendidikan informal.Pendidikan informal adalah pendidikan dan pengalaman yang kita perolehi melalui berbagai aktiviti kehidupan seharian melalui interaksi dengan orang sekeliling seperti ahli keluarga, kawan, ahli masyarakat. Bentuk Pendidikan informal ini juga boleh berlaku semasa pemerhatian kita selama kita hidup seperti melihat perilaku orang disekeliling, mononton televisyen atau filem dan mendengar radio.Pendidikan informal ini juga berlaku secara spontan dan tanpa struktur.Antara individu yang paling terpenting dalam Pendidikan informal ini adalah ahli keluarga kita sendiri kerana mereka telah memberi pendidikan awal dan pendidikan sokongan kepada kita.Pendidikan informal ini adalah antara Pendidikan yang paling banyak digunakan dalam kehidupan untuk membentuk kita semua .Reka bentuk Pendidikan informal ini adalah untuk membina kemahiran untuk hidup dalam jangka masa berterusan.
PROSES PENDIDIKAN
Selepas kita
membincangkan tentang bentuk Pendidikan , kita akan meneruskan perbincangan
dengan tajuk proses- proses pendidikan.Proses yang digunakan untuk
merealisasikan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan adalah berusaha secara berterusan
dalam suatu pendidikan .Hal ini kerana pendidikan adalah suatu proses pemerolehan
dan pemindahan ilmu , kemahiran dan nilai – nilai murni dari seseorang ke
seseorang.Proses pemerolehan dan pemindahan dilakukan secara berterusan bermula
dari lahir sehinggalah akhir hayat. Di dalam proses pemindahan dan pemerolehan
, antara Pendidikan yang paling penting adalah pendidikan awal kanak – kanak
bagi membentuk asas sahsiah kanak – kanak yang berada dalam lingkungan umur
antara satu sehingga enam tahun kerana apabila seseorang itu tidak
mendapat Pendidikan tersebut , ia akan
membantutkan proses.Sahsiah yang dibentuk akan terus berkembang sepanjang
tempoh persekolah dari masa ke semasa.Setelah menamatkan sekolah, setiap
individu akan terus mengembangkan ilmu , kemahiran dan akhlak mereka . Proses
ini bertujuan untuk membantu individu bagi menyesuaikan diri dengan pelbagai
perubahan.
Proses yang
seterusnya adalah proses perkembangan potensi individu. Setiap individu telah
di anugerahkan oleh tuhan dengan bakat , potensi dan kebolehan yang mungkin
terpendam.Seeloknya , bakat , potensi , dan kebolehan yang mungkin terpendam
dalam diri seseorang itu mestilah dicungkil, dipupuk ,dikembangkan dan
dipertingkat untuk mendapatkan manfaat.Antara salah satu cara untuk mengetahui
bakat , potensi , dan kebolehan seseorang adalah dengan memperbanyakkan
interaksi sosial dengan orang lain dan alam sekeliling.Pendidikan juga memberi
peluang kepada seseorang itu untuk mengembangkan bakat , potensi dan kebolehan
mereka.
Proses disambung
Kembali dengan proses perkembangan individu secara menyeluruh, bersepadu, seimbang dan harmonis.Bakat ,
potensi , dan kebolehan seseorang iti mestilah dikembangkan dengan secara
bersepadu .Perkembangan dan peningkatan sewajarnya merangkumi empat aspek ini
iaitu intelek , rohani , emosi dan jasmani.Di dalam diri seseorang individu itu
perlulah mempunyai ilmu (intelek), sahsiah yang baik (emosi) ,percaya kepada
tuhan serta mempunyai akhlak yang baik (rohani) dan kesihatan diri yang baik
(jasmani).Kempat – empat komponen tersebut mestilah seimbang bagi menghasilkan
individu yang hidup secara harmonis .Manusia yang jujur , benar , baik tutur
dan mempunyai amalan adalah antara syarat bagi mendapat bimbingan dan hidayah
dari Allah untuk setiap manusia .Individu tersebut perlulah mempunyai ketahanan
untuk menghadapi segala cabaran hidup serta sanggup berhadapan denga apa jua
masalah yang timbul.
Proses Pendidikan
perlulah melibatkan empat komponen ini iaitu intelek , rohani, emosi dan
jasmani.Apakah yang dimaksudkan dengan empat komponen ini ? Unsur intelek ini perlulah
mempunyai kemahiran asas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira. Individu ini
perlulah seorang yang berusaha untuk mendapat dan mengembangkan ilmu yang benar
dan berkemahiran untuk berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif.Individu
itu juga mestilah sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan sekeliling
iaitu menyebarluaskan ilmu dan individu tersebut mestilah cinta akan ilmu
pengetahuan.Berusaha untuk memupuk budaya ilmu dan budaya membaca dan yang
terakhir mempunyai fikiran yang luas dan terbuka.Unsur rohani (kepercayaan dan
kepatuhan kepada tuhan) pula ialah unsur yang mempunyai ciri seperti berikut, iaitu
menyedari dan percaya kepada tuhan dan bersyukur dengan pemberian
tuhan.Individu ini perlulah berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai – nilai
murni.Individu ini juga perlu mengakui akan kuwujudan Allah dan mengakui bahawa
Allah yang mencipta sekalian alam ini.Akhir sekali , mengamalkan segala ajaran
yang telah ditetapkan oleh agama tersebut.Unsur yang seterusnya adalah unsur
emosi, unsur emosi unsur yang diambil kira berdasarkan kematangan dan
kestabilan .Unsur emosi ini juga
menyarankan memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang diantara
manusia.Unsur ini juga mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan yang kuat dan
juga mampu mengawal emosi dan nafsu serta tidak sombong ataupun hipokrit.Unsur
yang terakhir adalah unsur jasmani. Unsur ini adalah bertujuan untuk membuka
mata manusia untuk menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal.Unsur ini
juga untung mengembangkan lagi bakat dan kemahiran teknikal , manipulatif dan
sosial.Yang terakhir unsur ini menggunakan kecergasan fizikal untuk
memanfaatkan masyarakat.
Kesimpulannya ,Falsafah Pendidikan negara adalah tulang
belakang kepada sistem pendidikan di negara kita.Falsafah Pendidikan negara ini
digubal atas dasar kesedaran bahawa sistem Pendidikan di negara dan bertujuan
untuk memajukan pendidikan negara ke seluruh
dunia.Falsafah pendidikan kebangsaan juga boleh dijadikan rujukan kepada pendidik memahami sistem pendidikan kebangsaan, penyuluh kepada murid , menyumbang bimbingan dan halatuju kepada semua usaha pendidikan sama ada luar atau dalam institusi pembelajaran.
No comments:
Post a Comment